Saturday, August 29, 2009

klasik kah aku??


sempena merdeka ada la aku tetengok cerita-cerita bab kemerdekaan nih. sememangnya aku minta cerita-cerita macam ni. esspecially cerita-cerita yang klasik gitu. (memang aku klasik orangnya) mao menusuk qolbu menonton berita sebegini (betapa patriotiknya aku) hehe. kalau orang laen aku xtau. tapi kalau aku.... memang aku pantang kalau bab2 tanah lahir aku. lagi-lagi negeri kebanggaan aku. pantang aku kalau orang dok hena-hena haa..

kalau part hat bekobaq2 semangat si penentang penjajah yang padahainya belakun semata-mata aku la orang yang turut join nak ikut pi sama. mau buleh meleleh ayaq mata. lalala. betapa bersemangatnya aku. kadang-kadang aku tepikiaq, budak-budak la ni... eh macam aku ni to cik - tok cik zaman jepun dulu lak. budak - budak la ni ada ka lagi yang betui-betui punya feel tak mau kena jajah dah. ada ka feeling macam aku rasa nak sepak puak komunis hat *&&^%$%$#&!!!. ka aku sorang ja. yang aku tengok syok sambut merdeka sebab cuti pas tu leh balik kampong, pi jalan-jalan, deting sana sini, konvoi ramai-ramai yang aku tak nampak apa paedahnya dok perabeh minyak kreta/moto (cey cey cey macam aku tak minat ja plak part tuh. hehehe) seriyes deyh. aku anak muda sedeyh tengok ada muda zaman la

aku tak berapa gemar la anak-anak muda hat bangga gila layan hollywood playwood apa segala tuh. (bollywood okey kan??) pas tu tak sedaq diri kata diri tu orang melayu ja. stakat rambut hitam mata hitam kulit tak berapa nak pure putih. buat tak kenai lagu filem melayu. apa lagi nak tengok cerita-cerita patriotik kan. paling aku tak bekenan kalau cerita-cerita kununnya melayu, sangat la nk tunjuk 1 malaysia. tapi speaking 24 jam berojak-rojak. melayu apa ke benda. aku rela tengok filem melayu tunggui yang jalan cerita tah apa-apa tapi memang cerita melayu. sungguh aku minat klasik-klasik melayu dari belajaq sejarah masa form 1 lagi. time parameswara mai melaka sampai la hang tuah punya kesah. menarek~

aku kalau naek bas masa p sekolah dulu. baeklah. naek bas sekolah pukui 6 setengah pagi tuh mesti syok lalu kat satu kawasan ladang sawit ni. kiranya ladang tu rendah dari jalan so aku nampak direct bukit bukau dengan environment berkabus dan time matahari naek. indah sangat. Subhanallah.. sampai la aku suka bila lalu kat situ. okey. sebenaqnya aku suka imagine ada zaman melayu-melayu klasik kat blakang bukit tu. zaman anak dara pakai kain batik tak atas kepala pura-pura malu jumpa sang jejaka, zaman jejaka yang aku bayang kan hensem-hensem. jalan kaki pi pekan yang tak advance lansung. dan si dara tu pulak tak dak keja lain time tu selain keja-keja umah masak blablabla. tak payah study nak test ka hapa. (terttttttt =P)
seryes kan tak payah pening-pening ngan gejala sosial macam la dengan hemponnya internetnya yang banyak merosakkan.

penah satu hari tu, aku on the way balik ke rumah. dalam bas ni. ntah macam mana punya melayang kepa otak aku tepikiaq pasai bangsa melayu. rasanya sebab pergolakan politik kot U_ _ _ vs P_ _. aku memang tak bekenan politik-politik nih. tetiba aku sedeyh sorang-sorang pikiaq nasib bangsa melayu. (ceywah macam pemimpin negara tu dorhh) sungguh. teresak-esak aku dalam bas tuh. nasib la bas cabok bunyi gedeh-gedeh tingkap buleh open air so orang lain tak peduli aku. aku memang feel habes. sedih!!!

ya sedih tengok bangsa sendiri betelagah nak kedudukan kuasa pangkat harta semua tu. pasai pa tak betelagah dengan bangsa lain macam mana nak pertahankan hak melayu??????? tolongla. lagi buat aku feel bila teringatkan che det ( salute you!) semangat dia. usaha dia. hati dia! kalau nak buang-buang masa nak cetuskan konflik dalaman cam ni, buang masa ja pejuang-pejuang dulu tuntut merdeka. ooo. .

paling sedih dengaq dan hayati lagu perjuangan yang belum selesai. =(



Langkah, beribu langkah
Ke destinasi yang diimpi
Tiba terhenti, tercari-cari
Haluan arah, yang telah pun musnah
Harapan tak kesampaian
Hina, hinanya diri
Hanya menantikan bantuan
Bagaimanakah ini terjadi
Kerdilnya diri bukan lagi tuan
Inikah rupanya nasib bangsaku
Langkah demi langkahBiarkah bertatih
Impian kan juga terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Tanpa usaha, janganlah leka
Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal selamanya...

"Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah meraka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera
Menjajah dunia yang tak dikenal?
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya?"

Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impiankan jadi terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Usahalah, janganlah leka
Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal sentiasa...
"Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya"

mungkin yang akan cakap...........


"elehh cakap ja lebih orang cuti merdeka dia kemaih beg balik awai lagi"
"dia pon tunggang langgang guna bahasa melayu+omputih"
"oo minat holiwud tak buleh, boliwud ok?"
"tu sapa dia yang gatai-gatai minat filem twilight pas tu superimpose ngan edward cullen??"
"ceh. hat guna hempon dia jugak hat dok aplikasi internet la ni pon dia jugak"
"dah tak reti speaking, dah tak minat holliwud dah la. kecoh lak"
"cakap pandai. try buat tengok"
"bas cabok tu bas HBR kan?"
????????

sekurang-kurangnya aku ada perasaan cintakan bangsa dan tanah air okey

No comments: