yaa..kita sambung setori bekenaan lompatan yang telah aku lakukan dan situasi sebenar keadaan di kelas lima bestari
bermula daripada perwataan baek, lemah lembut, innocent (comel, indah, menawan blablabla...)
aku kembali mengganas setelah berkawan kamcing dengan rokiah(bukan nama sebenar - bns) apabila mula menggerunkan suasana dengan sikap sikap nakal kami yang comel. wiewwww~
kita mulakan dengan watak pertama iya itu selamah (juga bukan nama sebenar-kalau dia tau aku menyetorikan cerita beliau pasti beliau berbangga). selamah merupakan seorang daripada ahli kongsi meja (apabila enam meja dirapatkan yang bermakna kami duduk didalam satu kumpulan bercampor laki dan perempuan. haishhh. kalaulah kehidupan di yuniversiti begini alangkah bahagianya hidup dan aku akan mempromosi usm sepenuh hati) okey2.selamah. aku dan rokiah memang tidak sukakan beliau memandangkan sifat beliau yang poyo dan garang (bukannya bermakna kami takot) tahap annoying kami terhadap dia sampai kami membuat tidakan ahli cheer ladies apabila...
suatu rehat yang sunyi. aku dan rokiah telah mem'plan' menimbulkan amarah beliau dan menunjukkan rasa protes kami. hanya kami berdua tidak keluar merehatkan diri ketika loceng berbunyi. niat dihati... hmmmm....
yearghhhhhhh!!!!!!!!!!!! kami mengambil beg sekolah beliau ketika keadaan sunyi lalu diletakkan di kawasan lapang depan kelas betul2 di kawasan cekgu2 memijak lantai untuk menulis di papan hitam/hijau. lalu....... aku dan rokiah melompat lompat di atas beg beliau sepenuh perasaan. Lompat dan lompat lagi sambil menyumpah-nyumpah tanpa menyedari....
"Hoi hampa buat apa ni??" dengan suara berfrekuensi tinggi dan tubuh badan yang kecik kecik cili kering.
aku dan rokiah terkial-kial hendak melarikan diri tetapi kami cover dengan wajah tak bersalah yang dipamerkan. beliau.. poziah (bns) mencekak pinggang dengan jeritan yang membingitkan (aku ingin memperkenalkan watak beliau seolah2 cekgu bedah yang garang yang keluar dari kepulan kepulan asap dengan gerakan slow motion kahkahkah)
"aku repot kat cekgu aih"
poziah rupa2nya si pengawas cilik yang cenge yang meng'spoil'kan aktiviti melepaskan geram kami. dalam pergelutan membela diri, waktu rehat hampir tamat maka si selamah pon sampai.
gulp~~ plan meloloskan diri dan bepura2 xbersalah gagal.
"#@#^@^&*()*&$#@!@#o98#~^?><":*(=(*&)(!!!"
aku tak ingat kejadian yang menerujakan itu tapi aku pasti aku dan rokiah bertikam lidah dengan selamah dan poziah dalam perdebatan menyelamatkan diri sambil disaksikan beberapa rakan kelas yang laen. dan aku juga pasti hal tersebut tidak dilaporkan kepada cekgu setelah diselesaikan dengan damai dan terus menjadi rahsia kerajaan.
p/s : ini bukan rekaan semata2. ini seriyes.. ( mempronounskan ala2 ming2 wonderpets)
memang cerita asli. sebarang tokok tambah adalah hasil seni aku. hehe
No comments:
Post a Comment