Saturday, September 12, 2009

iNGin BeRBicaRA


tatkala ingin berbicara tiada apa yang ingin diluahkan. sekadar mengisi bahasa jiwa. yang tiada paham dan berdendam. kala hati mengorek makna fikiran. tiada balasan mahupun ungkapan. beginilah aku. tak tahu meluah biar 100 bicara dikongsi tak mungkin semua rahsia hati. kerana hanya yang memahami nurani sendiri. bukan jua fikiran mahupun emosi.

tatkala ada desis wajah semalam terpapar. rahsia hati mencuit kembali adakah lagi deru-deru harapan yang tersimpan. menanti pulangan yang dipertaruhkan tanpa tunjang alasan. kala sisipan mata menyelinap ke ruang bahasa belum tentu ada yang memahami. belum tentu ada yang pasti. apa yang dicari memang tak pasti. masih keliru jalan hati. simpang mana ingin dituju. hanya mengikut desir-desir angin membiaskan wajah ke noktah persoalan. moga yang terbaik menjadi jawapan. moga ada lukisan yang disentuh bicara harapan.

tatkala dia. memang dia. sungguh dia. siapa pasti?? biar laluan terbaik Dia melolos ke jaring hati. noktah persoalan. titik.


no. bukan kerana permasalahan itu. kerana persoalan ini.


(nukilan dinihari)

No comments: