Saturday, August 15, 2009

GiLIrAN mEReKa PuLa

ini sekolah kebanggaan aku

bukan satu watak saja yang teraniaya dengan sikap aku dan rokiah malahan boleh dikatakan seluruh ahli gabungan meja (yang sebenarnya terdiri dari lapan meja - termasok laki-laki dan perempuan ini termasoklah aku, rokiah, selamah, samsiah, talib, dol, jibin dan oseman ) menerima pecaturan sikap nakal kami yang licik itu.

let us flash back (let us?? u al mungkin tidak terjebak dalam insiden-insiden tersebut) my memory. when i was involved to bully cases. It's not about that i had been bullied but it's all about aku menjadi pembuli bersiri. zaaaaassssssssssss!!!

let me introduce you with talib (bns) yang merupakan ahli kumpulan aku yang agak hemsem dan polos. perhatian. bila disebutkan hemsem sudah tentu aku sedang bebicara mengenai lelaki(padahal dahulunya aku lansung tidak menyedari apa itu handsome ataupun polos a.k.a baek) talib ni seorang budak yang pendiam baek bijak (mungkinla seingat aku) beliau ni duduk tang meja ujung bucu dekat dengan kawasan cekgu berlegar-legar menulis kat papan hitam/hijau. sedangkan aku dan rokiah duduk di sebelah sini. alaaa. kiranya ujung belah sini yang bertentang dengan selamah yang duduk mengadap talib yang aku mengadap jibin dan rokiah mengadap oseman (buat-buat paham sudah) talib ni kalu la aku jumpak balik... aku tak kasi chance la. hahaha. okey. kesahnya begini. talib ni pakai kasut sekolah ( ya la kan pi sekolah mesti pakai kasut sekolah ) masalah yang aku dengan rokiah trace adalah KASUT SEKOLAH TALIB BELUBANG IYA ITU TERKOYAK. aku tak tau apa masalah aku dengan beliau yang menyebabkan aku dan rokiah iri hati sangat lalu menyemburkan kata-kata kesat dan mengguriskan hati budak lelaki ini (perhatian. beliau adalah lelaki) dengan..

"wei. awat kasut hang burok sangat, belubang sana sini"

"ha la.. tak dak duit ka nak beli lain"

"kesian kat dia. duit takdak nak beli kasut sekolah baru. mak pon takdak dah . ayah dia kawen laen. dapat mak tiri baru mesti kena dera selalu. tu yang tak tukaq kasut sekolah baru tu"
hahahahahahahah

astaghfirullahal'adzim....... ish3. ni kalau la ni la aku dok capoi macam ni, mau lekat penumbok la la jugak. antara aku dan rokiah sapa yang lebih capoi aku tak ingat ( rasanya rokiah la) tapi memang kami hentam habeh-habeh tak dak hati perut la. walaupun kami bawah umur. walaupun beliau budak lelaki. dan aku jugak tak pasti mana channel aku dan rokiah dapat tau berita family dia dan mengaplikasikan dalam kes buli ni. tapi seriyes weyh. merujuk kepada kata-kata rokiah. rokiah sempat mengusha beliau yang lansung tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap kami (see..aku dah kata beliau budak baek) blah keluar dari perkarangan kelas. kata rokiah lagi, beliau kelihatan sugul dan mungkin menangis sementelahan kejadian itu. sememangnya aku cuak ketika itu. tapi sebagai pembuli bersiri aku kena tough macam rokiah. memang bukan sedikit itu saja kata-kata yang kami hamburkan. bergelen-gelen lagi dorh.. tapi beliau cool saja walaupun dari riak muka beliau nampak sangat tengah bersedeyh. (kalau sekarang ini.....biar ku kesat air matamu hahaha) tapi apakan daya. ketika itu :: jangan ada penyesalan :: setelah membuli.

Lencana sekolah aku.

okey. character seterusnya adalah chombi (bns). chombi ni dok kumpulan gabungan meja sebelah kumpulan aku. sepatutnya dia tak terlibat dengan kejadian caci maki buli bula semua ni. chombi ni merupakan teman akrab aku time high skul (sekolah menengah daa) walaupun pada ketika itu beliau bukan syiapa2. beliau yang aku kenali masa dajah lima ini seorang yang polos dan baek juga. tak mengacau orang atau tergedik sana sini. dan tak gleymer pon. alkesahnya bermula apabila aku dan rokiah mengenalpasti latarbelakang keluarganya.

kejadian bermula apabila kami ada perhimpunan kat dewan sekolah kebangsaan dato' wan kemara yang terletak kat tepi padang ( padang sekolah yang tempat aku dan kawan-kawan main tibai-tibai bola tuh dak pon buat aktiviti ringan main tiang time pjk yang kami pakai baju pj siap-siap pada hari ada pjk yang double plak dengan baju sekolah biaq nampak gabai supaya tak payah p toilet salin baju sebab toilet berhantu. waaaaaaaaaaaa) sebab tu bangunan baru untuk budak-budak senior (dajah pat ke atas). then... ok la. sebab tu perhimpunan tak formal apa tah yang tak payah bediri macam hari ahad kat tempat parking batas tat sampai lengoh-lengoh nyanyi lagu negaraku, so kami buleh la duduk dalam dewan. aku dan rokiah dan pelajar-pelajar kelas 5 bestari dok area-area belakang dewan gak la. dalam pada itu mungkin ada yang menyembang, main sik sik sik boom boom boom, september by step step step atau sun mechanic mechanic sun flower. aku dan rokiah mengambil keputusan untuk menyakitkan hati chombi sebab dia dok dekat dengan kami.

"wei _____, hang bawak mai brapa ringgit ri ni?"

"ish..mestila dia wak mai 5 kupang ja. mak dia mana ada duit. dah la ayah pon tak dak dah. tah tah hari-hari dia kena juai nasik lemak nak cari duit sekolah. mak dia buat cucoq dengan nasik lemak suruh dia juai"

"cucoq. cucoq. nasik lemak" (mengejek)

"tah-tah kalau tak laku dia tak dak duit la nak mai sekolah. mak dia bagi dua kupang ja pa"

hahahahahahahahahahah
tiba-tiba meghamu (berjurai-jurai) air mata chombi. memanggggg...................... dahsyat sangat gurauan kami. dalam pada itu memang dalam perhimpunan akan ada pengawas yang bertugas mengawasi situasi. chombi sudah menangis teresak-esak. apa lagi. sudah tentu aku dan rokiah takut kan si cili api poziah.

"hang la ni"

"hang la"

kami menyalahkan sesama sendiri dengan nada cuak teramat. haaa!!! padan la muka. kelam kabut aku dan rokiah cuba memujuk chombi supaya esakkannya slow sikit. nanti pengawas mai naya kami. sedangkan ada aturcara yang berlansung di hadapan pentas. sambil gheyau (menangis) beliau meluahkan protesnya terhadap kami. makin kuat. aku dan rokiah cuba memujuk (kalau boleh nak tutup mulut dia). kawan-kawan di sekeliling asyik memandang-mandang. naseb baek esakkannya makin slow. therefore kami tak kena apa-apa tindakan (mungkin laa). tapi sungguh. kalau aku jadi beliau...... mau lagi tragis kesah tu.
dah. banyak lagi kesah buli aku dan rokiah. contohnya membaling liquid paper ke gigi jibin sampai patah/bedarah dan beliau menangis di bawah meja kerana hal itu (itupon oseman yang bagitahu). mencari pasal dengan pengawas lemah lembut cik hatimah (bns) apabila mencari pasal begaduh mulut lalu mengajak beliau datang bersama ayahnya dengan parang lalu berlawan dengan kami

"kami tak takut. mai la"

hahahahahah

haishhh memang dahsyat la tahap keberanian kami. ada saja mangsa-mangsa yang tidak semena-mena menjadi bahan 'gurauan' kami. tapi cuma si dol sorang ni. beliau sangat tinggi daripada aku dan rokiah(bukan bermakna mereka lelaki yang lain rendah). dan hanya beliau sorang yang tak pernah dipermainkan oleh kami. sebarang tindak tanduk kami yang melampau atau melawan beliau akan menerima natijahnya. ingat lagi. sekehan (meluku) yang beliau laku kan ke atas kepala aku yang lebih rendah dari beliau gara-gara sikap aku yang hyperactive. bukan setakat sekehan. digonyeh-gonyehnya kepala aku ni. aku memang tak boleh buat apa-apa dengan sifat fizikal beliau yang tough tu. hai... kalau la ni aku jumpa beliau... hish.. grrrrrr...
mesti aku tesipu-sipu malu lalu tunduk rapat ke bumi. hehehe

ini belaka kesah benar. sebarang tokok tambah adalah disebabkan kurang daya ingatan. plot dan skrip drama ini memang ujud dan saheh. tak pecaya tanya rokiah. kan rokiah?? kalau komunis tau kesah kekejaman aku maunya dia angkut aku dan rokiah buat geng











No comments: