sempena bulan posa yang mulia yang merangkap ramadhan kat usm bersama rakan-rakan skul ee yang dah final yer ni, aku memvolunteerkan diri (terpaksa) menjadi penaja kredit menalipon anisani village resort book untuk breaking fast party nih. hihi. cadangnya toksah la ramai-ramai sangat. cukup sekadar G7 dan sebilangan jejaka-jejaka perasan tampan join. tapi bagi memeriahkan majelis. why not? kita buat ramai-ramai (order, konvoi, tengok sunset yang bajet macam kat cameron, kutip duit, bayaq-walaupun sebenaqnya duit yang dikutip tersasar dari total, makan, solat, balik). menu bes dengan siakap tiga rasa yang tak sama saiz, tomyam campor, telur dadar, ayam masak merah sedikit buat yang tak gemar siakap kerana takut berubah sikap, satay suam-suam kuku ngan kuah sedikit hangit, cucoq kampung macam tepung bungkus tuh, buat betik sehiris dua yang kononnya percuma sampai tak ramai sedar ada buah-buahan, kurma dan jus tembikai manis. yang kejamnya nasik mangkuk tak seberapa tuh sure la tak cukup untuk perut mereka-mereka yang bersaiz xxl. bila tambah. nah hai!! semangkok pat ringgit. tak dinafikan suasana romantik (eceycey tak perlu kot nak bebuka dgn atmosphere cam ni. hehe) makanan sedap (jugakla), gayat sebab kat atas bukit, dan dengan riang riya bukak puasa sebab semuanya berjalan lancar. sedikit petikan masyakat ketika majlis berlansung:
aya : nak turun tengok pemandangan tu kat mana??
nik : ada lauk lebih dak lagi nak bagi kat depa?
mira : sedap. lain kali buleh la lagi mai sini
asiah : tak la. kamera kak sol
ija : yey!! ( sebab berpeluang jadi pengkerusi majelis)
titah : resit tu tak dak kat aku
yani : (tak perasan plak minah ni cakap apa sebab beliau hanya makan makan makan. ::jangan mara rr =P::)
faruk : nak ikan nak ikan ( sambil mematahkan sebahagian ekor ikan tuh)
amie : nak telur.. tuh
huda : guruih?? tak tau
jimi : nasik tambah depa bagi dak aya?
wan : aceycey nik, message abang ka?
halim : ok. nanti aku nak satey ni.
hadi : berape tak cukup?
vinod : (terus makan dan makan walaupon lauk dah abes)
lain-lain : tak dapat trace kata-kata mereka
lalalalalalala.... inila kesah berbuka puasa budak-budak ee final yer.
