Saturday, August 29, 2009

klasik kah aku??


sempena merdeka ada la aku tetengok cerita-cerita bab kemerdekaan nih. sememangnya aku minta cerita-cerita macam ni. esspecially cerita-cerita yang klasik gitu. (memang aku klasik orangnya) mao menusuk qolbu menonton berita sebegini (betapa patriotiknya aku) hehe. kalau orang laen aku xtau. tapi kalau aku.... memang aku pantang kalau bab2 tanah lahir aku. lagi-lagi negeri kebanggaan aku. pantang aku kalau orang dok hena-hena haa..

kalau part hat bekobaq2 semangat si penentang penjajah yang padahainya belakun semata-mata aku la orang yang turut join nak ikut pi sama. mau buleh meleleh ayaq mata. lalala. betapa bersemangatnya aku. kadang-kadang aku tepikiaq, budak-budak la ni... eh macam aku ni to cik - tok cik zaman jepun dulu lak. budak - budak la ni ada ka lagi yang betui-betui punya feel tak mau kena jajah dah. ada ka feeling macam aku rasa nak sepak puak komunis hat *&&^%$%$#&!!!. ka aku sorang ja. yang aku tengok syok sambut merdeka sebab cuti pas tu leh balik kampong, pi jalan-jalan, deting sana sini, konvoi ramai-ramai yang aku tak nampak apa paedahnya dok perabeh minyak kreta/moto (cey cey cey macam aku tak minat ja plak part tuh. hehehe) seriyes deyh. aku anak muda sedeyh tengok ada muda zaman la

aku tak berapa gemar la anak-anak muda hat bangga gila layan hollywood playwood apa segala tuh. (bollywood okey kan??) pas tu tak sedaq diri kata diri tu orang melayu ja. stakat rambut hitam mata hitam kulit tak berapa nak pure putih. buat tak kenai lagu filem melayu. apa lagi nak tengok cerita-cerita patriotik kan. paling aku tak bekenan kalau cerita-cerita kununnya melayu, sangat la nk tunjuk 1 malaysia. tapi speaking 24 jam berojak-rojak. melayu apa ke benda. aku rela tengok filem melayu tunggui yang jalan cerita tah apa-apa tapi memang cerita melayu. sungguh aku minat klasik-klasik melayu dari belajaq sejarah masa form 1 lagi. time parameswara mai melaka sampai la hang tuah punya kesah. menarek~

aku kalau naek bas masa p sekolah dulu. baeklah. naek bas sekolah pukui 6 setengah pagi tuh mesti syok lalu kat satu kawasan ladang sawit ni. kiranya ladang tu rendah dari jalan so aku nampak direct bukit bukau dengan environment berkabus dan time matahari naek. indah sangat. Subhanallah.. sampai la aku suka bila lalu kat situ. okey. sebenaqnya aku suka imagine ada zaman melayu-melayu klasik kat blakang bukit tu. zaman anak dara pakai kain batik tak atas kepala pura-pura malu jumpa sang jejaka, zaman jejaka yang aku bayang kan hensem-hensem. jalan kaki pi pekan yang tak advance lansung. dan si dara tu pulak tak dak keja lain time tu selain keja-keja umah masak blablabla. tak payah study nak test ka hapa. (terttttttt =P)
seryes kan tak payah pening-pening ngan gejala sosial macam la dengan hemponnya internetnya yang banyak merosakkan.

penah satu hari tu, aku on the way balik ke rumah. dalam bas ni. ntah macam mana punya melayang kepa otak aku tepikiaq pasai bangsa melayu. rasanya sebab pergolakan politik kot U_ _ _ vs P_ _. aku memang tak bekenan politik-politik nih. tetiba aku sedeyh sorang-sorang pikiaq nasib bangsa melayu. (ceywah macam pemimpin negara tu dorhh) sungguh. teresak-esak aku dalam bas tuh. nasib la bas cabok bunyi gedeh-gedeh tingkap buleh open air so orang lain tak peduli aku. aku memang feel habes. sedih!!!

ya sedih tengok bangsa sendiri betelagah nak kedudukan kuasa pangkat harta semua tu. pasai pa tak betelagah dengan bangsa lain macam mana nak pertahankan hak melayu??????? tolongla. lagi buat aku feel bila teringatkan che det ( salute you!) semangat dia. usaha dia. hati dia! kalau nak buang-buang masa nak cetuskan konflik dalaman cam ni, buang masa ja pejuang-pejuang dulu tuntut merdeka. ooo. .

paling sedih dengaq dan hayati lagu perjuangan yang belum selesai. =(



Langkah, beribu langkah
Ke destinasi yang diimpi
Tiba terhenti, tercari-cari
Haluan arah, yang telah pun musnah
Harapan tak kesampaian
Hina, hinanya diri
Hanya menantikan bantuan
Bagaimanakah ini terjadi
Kerdilnya diri bukan lagi tuan
Inikah rupanya nasib bangsaku
Langkah demi langkahBiarkah bertatih
Impian kan juga terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Tanpa usaha, janganlah leka
Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal selamanya...

"Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah meraka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera
Menjajah dunia yang tak dikenal?
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya?"

Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impiankan jadi terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Usahalah, janganlah leka
Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal sentiasa...
"Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya"

mungkin yang akan cakap...........


"elehh cakap ja lebih orang cuti merdeka dia kemaih beg balik awai lagi"
"dia pon tunggang langgang guna bahasa melayu+omputih"
"oo minat holiwud tak buleh, boliwud ok?"
"tu sapa dia yang gatai-gatai minat filem twilight pas tu superimpose ngan edward cullen??"
"ceh. hat guna hempon dia jugak hat dok aplikasi internet la ni pon dia jugak"
"dah tak reti speaking, dah tak minat holliwud dah la. kecoh lak"
"cakap pandai. try buat tengok"
"bas cabok tu bas HBR kan?"
????????

sekurang-kurangnya aku ada perasaan cintakan bangsa dan tanah air okey

Thursday, August 27, 2009

MARI BELAJA BADMINTON

Contoh main dabel

RULES:

1. Team yang serve dengan mata genap (0,2,4....) kena serve dari kanan

2. Team yang serve dengan mata ganjil (1,3,5...) kena serve dari kiri

3. Kedudukan servis hanya akan bertukar lane kalau menang point

4. Kalau pihak lawan menang point tak payah tukar lane








Thursday, August 20, 2009

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN~



lantera al qamar
semesta alam menanti bingkisan nur ramadhan

ya ramadhan

kerinduan bertamu lagi

bahtera cinta bermukim di sanubari

tatkala sepinya malam berbayangkan syahdu cinta pada-Nya

lembayung kasih meniti pautan utuhnya jiwa

menggagahi layar kesabaran

nikmat rahmat darinya-Nya

ya ramadhan

sungguh

terpaut hati ini pada damai sinarmu

pada tenang nafas dendam rindu yang dilepaskan

cinta ini mengikat diri

sujud dan syukur pada-Nya



siti rohaya

Tuesday, August 18, 2009

cAn A bOY n A gURL bE TrUE FrEn wiTHoUT KucH KUcH HotA HAi??


duniya mein sirf do hi cast hai ek male ek female to phir kyun nahi ladka aaur ladki dost ho sakte hai


it's difficult but not impossible. Sumtimes if both of them r single, usually either one will hv kuch kuch hota hai feeling. wiuwww~~ may b they can be fren but not 100% pure, true fren. if either one or both dah bepunya dats possible to become a real fren. but it is her/his sayang didnt jealous??


only u hv dat answer. i xmao comment banyak-banyak. it's subjective!!! lets cekidaut



like anjali n rahul~they cant be a real best fren since anjali hv sum kuch kuch hota hai feeling. rite?



me n edward cullen oso.................. (i'm sori 4 not telling u all bout dis. i've try 2 be his fren.. but it's more than dat. pls dun tell any1)

(amponkn aku penunggu gua. amponkn aku penunggu gua.. hssssskkkk.. mampos aku klu kena saman dengan pehak bewajib nnt. ::sy tak bemaksud apa2 yang dngan foto diatas::)












Saturday, August 15, 2009

GiLIrAN mEReKa PuLa

ini sekolah kebanggaan aku

bukan satu watak saja yang teraniaya dengan sikap aku dan rokiah malahan boleh dikatakan seluruh ahli gabungan meja (yang sebenarnya terdiri dari lapan meja - termasok laki-laki dan perempuan ini termasoklah aku, rokiah, selamah, samsiah, talib, dol, jibin dan oseman ) menerima pecaturan sikap nakal kami yang licik itu.

let us flash back (let us?? u al mungkin tidak terjebak dalam insiden-insiden tersebut) my memory. when i was involved to bully cases. It's not about that i had been bullied but it's all about aku menjadi pembuli bersiri. zaaaaassssssssssss!!!

let me introduce you with talib (bns) yang merupakan ahli kumpulan aku yang agak hemsem dan polos. perhatian. bila disebutkan hemsem sudah tentu aku sedang bebicara mengenai lelaki(padahal dahulunya aku lansung tidak menyedari apa itu handsome ataupun polos a.k.a baek) talib ni seorang budak yang pendiam baek bijak (mungkinla seingat aku) beliau ni duduk tang meja ujung bucu dekat dengan kawasan cekgu berlegar-legar menulis kat papan hitam/hijau. sedangkan aku dan rokiah duduk di sebelah sini. alaaa. kiranya ujung belah sini yang bertentang dengan selamah yang duduk mengadap talib yang aku mengadap jibin dan rokiah mengadap oseman (buat-buat paham sudah) talib ni kalu la aku jumpak balik... aku tak kasi chance la. hahaha. okey. kesahnya begini. talib ni pakai kasut sekolah ( ya la kan pi sekolah mesti pakai kasut sekolah ) masalah yang aku dengan rokiah trace adalah KASUT SEKOLAH TALIB BELUBANG IYA ITU TERKOYAK. aku tak tau apa masalah aku dengan beliau yang menyebabkan aku dan rokiah iri hati sangat lalu menyemburkan kata-kata kesat dan mengguriskan hati budak lelaki ini (perhatian. beliau adalah lelaki) dengan..

"wei. awat kasut hang burok sangat, belubang sana sini"

"ha la.. tak dak duit ka nak beli lain"

"kesian kat dia. duit takdak nak beli kasut sekolah baru. mak pon takdak dah . ayah dia kawen laen. dapat mak tiri baru mesti kena dera selalu. tu yang tak tukaq kasut sekolah baru tu"
hahahahahahahah

astaghfirullahal'adzim....... ish3. ni kalau la ni la aku dok capoi macam ni, mau lekat penumbok la la jugak. antara aku dan rokiah sapa yang lebih capoi aku tak ingat ( rasanya rokiah la) tapi memang kami hentam habeh-habeh tak dak hati perut la. walaupun kami bawah umur. walaupun beliau budak lelaki. dan aku jugak tak pasti mana channel aku dan rokiah dapat tau berita family dia dan mengaplikasikan dalam kes buli ni. tapi seriyes weyh. merujuk kepada kata-kata rokiah. rokiah sempat mengusha beliau yang lansung tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap kami (see..aku dah kata beliau budak baek) blah keluar dari perkarangan kelas. kata rokiah lagi, beliau kelihatan sugul dan mungkin menangis sementelahan kejadian itu. sememangnya aku cuak ketika itu. tapi sebagai pembuli bersiri aku kena tough macam rokiah. memang bukan sedikit itu saja kata-kata yang kami hamburkan. bergelen-gelen lagi dorh.. tapi beliau cool saja walaupun dari riak muka beliau nampak sangat tengah bersedeyh. (kalau sekarang ini.....biar ku kesat air matamu hahaha) tapi apakan daya. ketika itu :: jangan ada penyesalan :: setelah membuli.

Lencana sekolah aku.

okey. character seterusnya adalah chombi (bns). chombi ni dok kumpulan gabungan meja sebelah kumpulan aku. sepatutnya dia tak terlibat dengan kejadian caci maki buli bula semua ni. chombi ni merupakan teman akrab aku time high skul (sekolah menengah daa) walaupun pada ketika itu beliau bukan syiapa2. beliau yang aku kenali masa dajah lima ini seorang yang polos dan baek juga. tak mengacau orang atau tergedik sana sini. dan tak gleymer pon. alkesahnya bermula apabila aku dan rokiah mengenalpasti latarbelakang keluarganya.

kejadian bermula apabila kami ada perhimpunan kat dewan sekolah kebangsaan dato' wan kemara yang terletak kat tepi padang ( padang sekolah yang tempat aku dan kawan-kawan main tibai-tibai bola tuh dak pon buat aktiviti ringan main tiang time pjk yang kami pakai baju pj siap-siap pada hari ada pjk yang double plak dengan baju sekolah biaq nampak gabai supaya tak payah p toilet salin baju sebab toilet berhantu. waaaaaaaaaaaa) sebab tu bangunan baru untuk budak-budak senior (dajah pat ke atas). then... ok la. sebab tu perhimpunan tak formal apa tah yang tak payah bediri macam hari ahad kat tempat parking batas tat sampai lengoh-lengoh nyanyi lagu negaraku, so kami buleh la duduk dalam dewan. aku dan rokiah dan pelajar-pelajar kelas 5 bestari dok area-area belakang dewan gak la. dalam pada itu mungkin ada yang menyembang, main sik sik sik boom boom boom, september by step step step atau sun mechanic mechanic sun flower. aku dan rokiah mengambil keputusan untuk menyakitkan hati chombi sebab dia dok dekat dengan kami.

"wei _____, hang bawak mai brapa ringgit ri ni?"

"ish..mestila dia wak mai 5 kupang ja. mak dia mana ada duit. dah la ayah pon tak dak dah. tah tah hari-hari dia kena juai nasik lemak nak cari duit sekolah. mak dia buat cucoq dengan nasik lemak suruh dia juai"

"cucoq. cucoq. nasik lemak" (mengejek)

"tah-tah kalau tak laku dia tak dak duit la nak mai sekolah. mak dia bagi dua kupang ja pa"

hahahahahahahahahahah
tiba-tiba meghamu (berjurai-jurai) air mata chombi. memanggggg...................... dahsyat sangat gurauan kami. dalam pada itu memang dalam perhimpunan akan ada pengawas yang bertugas mengawasi situasi. chombi sudah menangis teresak-esak. apa lagi. sudah tentu aku dan rokiah takut kan si cili api poziah.

"hang la ni"

"hang la"

kami menyalahkan sesama sendiri dengan nada cuak teramat. haaa!!! padan la muka. kelam kabut aku dan rokiah cuba memujuk chombi supaya esakkannya slow sikit. nanti pengawas mai naya kami. sedangkan ada aturcara yang berlansung di hadapan pentas. sambil gheyau (menangis) beliau meluahkan protesnya terhadap kami. makin kuat. aku dan rokiah cuba memujuk (kalau boleh nak tutup mulut dia). kawan-kawan di sekeliling asyik memandang-mandang. naseb baek esakkannya makin slow. therefore kami tak kena apa-apa tindakan (mungkin laa). tapi sungguh. kalau aku jadi beliau...... mau lagi tragis kesah tu.
dah. banyak lagi kesah buli aku dan rokiah. contohnya membaling liquid paper ke gigi jibin sampai patah/bedarah dan beliau menangis di bawah meja kerana hal itu (itupon oseman yang bagitahu). mencari pasal dengan pengawas lemah lembut cik hatimah (bns) apabila mencari pasal begaduh mulut lalu mengajak beliau datang bersama ayahnya dengan parang lalu berlawan dengan kami

"kami tak takut. mai la"

hahahahahah

haishhh memang dahsyat la tahap keberanian kami. ada saja mangsa-mangsa yang tidak semena-mena menjadi bahan 'gurauan' kami. tapi cuma si dol sorang ni. beliau sangat tinggi daripada aku dan rokiah(bukan bermakna mereka lelaki yang lain rendah). dan hanya beliau sorang yang tak pernah dipermainkan oleh kami. sebarang tindak tanduk kami yang melampau atau melawan beliau akan menerima natijahnya. ingat lagi. sekehan (meluku) yang beliau laku kan ke atas kepala aku yang lebih rendah dari beliau gara-gara sikap aku yang hyperactive. bukan setakat sekehan. digonyeh-gonyehnya kepala aku ni. aku memang tak boleh buat apa-apa dengan sifat fizikal beliau yang tough tu. hai... kalau la ni aku jumpa beliau... hish.. grrrrrr...
mesti aku tesipu-sipu malu lalu tunduk rapat ke bumi. hehehe

ini belaka kesah benar. sebarang tokok tambah adalah disebabkan kurang daya ingatan. plot dan skrip drama ini memang ujud dan saheh. tak pecaya tanya rokiah. kan rokiah?? kalau komunis tau kesah kekejaman aku maunya dia angkut aku dan rokiah buat geng











Wednesday, August 12, 2009

LoMPaTaN dEMi LoMPaTAn

yaa..kita sambung setori bekenaan lompatan yang telah aku lakukan dan situasi sebenar keadaan di kelas lima bestari
bermula daripada perwataan baek, lemah lembut, innocent (comel, indah, menawan blablabla...)
aku kembali mengganas setelah berkawan kamcing dengan rokiah(bukan nama sebenar - bns) apabila mula menggerunkan suasana dengan sikap sikap nakal kami yang comel. wiewwww~
kita mulakan dengan watak pertama iya itu selamah (juga bukan nama sebenar-kalau dia tau aku menyetorikan cerita beliau pasti beliau berbangga). selamah merupakan seorang daripada ahli kongsi meja (apabila enam meja dirapatkan yang bermakna kami duduk didalam satu kumpulan bercampor laki dan perempuan. haishhh. kalaulah kehidupan di yuniversiti begini alangkah bahagianya hidup dan aku akan mempromosi usm sepenuh hati) okey2.selamah. aku dan rokiah memang tidak sukakan beliau memandangkan sifat beliau yang poyo dan garang (bukannya bermakna kami takot) tahap annoying kami terhadap dia sampai kami membuat tidakan ahli cheer ladies apabila...
suatu rehat yang sunyi. aku dan rokiah telah mem'plan' menimbulkan amarah beliau dan menunjukkan rasa protes kami. hanya kami berdua tidak keluar merehatkan diri ketika loceng berbunyi. niat dihati... hmmmm....
yearghhhhhhh!!!!!!!!!!!! kami mengambil beg sekolah beliau ketika keadaan sunyi lalu diletakkan di kawasan lapang depan kelas betul2 di kawasan cekgu2 memijak lantai untuk menulis di papan hitam/hijau. lalu....... aku dan rokiah melompat lompat di atas beg beliau sepenuh perasaan. Lompat dan lompat lagi sambil menyumpah-nyumpah tanpa menyedari....
"Hoi hampa buat apa ni??" dengan suara berfrekuensi tinggi dan tubuh badan yang kecik kecik cili kering.
aku dan rokiah terkial-kial hendak melarikan diri tetapi kami cover dengan wajah tak bersalah yang dipamerkan. beliau.. poziah (bns) mencekak pinggang dengan jeritan yang membingitkan (aku ingin memperkenalkan watak beliau seolah2 cekgu bedah yang garang yang keluar dari kepulan kepulan asap dengan gerakan slow motion kahkahkah)
"aku repot kat cekgu aih"
poziah rupa2nya si pengawas cilik yang cenge yang meng'spoil'kan aktiviti melepaskan geram kami. dalam pergelutan membela diri, waktu rehat hampir tamat maka si selamah pon sampai.
gulp~~ plan meloloskan diri dan bepura2 xbersalah gagal.
"#@#^@^&*()*&$#@!@#o98#~^?><":*(=(*&)(!!!"
aku tak ingat kejadian yang menerujakan itu tapi aku pasti aku dan rokiah bertikam lidah dengan selamah dan poziah dalam perdebatan menyelamatkan diri sambil disaksikan beberapa rakan kelas yang laen. dan aku juga pasti hal tersebut tidak dilaporkan kepada cekgu setelah diselesaikan dengan damai dan terus menjadi rahsia kerajaan.
p/s : ini bukan rekaan semata2. ini seriyes.. ( mempronounskan ala2 ming2 wonderpets)
memang cerita asli. sebarang tokok tambah adalah hasil seni aku. hehe

Tuesday, August 11, 2009

tErpINggiR

Ok~
mungkin umum memikirkan bahawasanya terpinggir neh melibatkan lagu sekadar di pinggiran bla3~ aku ingin mengutarakan disini my natural flow of my life ( probably)

imbas kembali zaman kecik2 ( mmg aku kecik) waktu skolah rendah (mmg aku rendah) ms aku dajah 5-6 (yang pastinya aku hnya bepeluang dajah pat sekerat ari ja. itupon aku me'lompat' setelah aku dikerahkan oleh che'gu kelas pat bestari untuk melompat sedangkan aku betol2 xtahu menahu tentang kelas2 lompatan yang ada)
aku yg tepinga2 masok ke kelas cekgu normawati kat kelas 5 bestari blok bilik guru tingkat 2 . >>tingkat dua level yang umum sedia maklom time seblom masok u ni merupakan tingkat 1 yang aku rs efficient untuk digunapakai semua tanpa melibatkan aras bumi(ground floor)<<
okey. bebalik pada hari pertama aku dikelas 5 bestari yang membuat kan aku berasa kerdil seketika ( reminder::aku dlm proses melompat kelas) aku merasa TERPINGGIR apabila aku budak bawah umur bebanding mereka2 yang sangat 'matang' kerana tua setaun dr aku. ingat lagi.... ( mula la membayangkan saat tu dengan kepulan2 awan atas kepala mcm dlm muvi n drama tuh)

" eh rohaya.. mai la duk sini "

seorang jiran aku yang dekat dengan rumah aku yang baru aku kenali rupanya menginap di kelas tersebut mengajak aku mengeshare kerusinya memandangkan aku tepinga2 nk dok dimana. umum juga sedia maklom..aku ni jenis pemalu dan xtau malu untuk share kerusi dengan beliau tanpa memikirkan natijahnya. aku sangatla malu untuk berusaha sendiri kerana bimbang akan mendapat perhatian umum dengan mencari kerusi di kelas laen sorg2 (seriyes aku ni low profile) dengan personaliti belemoih aku mengusung kerusi. yang aku harapkan seorang putera raja datang bantu aku mengusungnya.. blink blink ~~ oh ya ada seorang lagi rakan seumur aku yang turut melompat kelas pada hari tersebut. tetapi rokiah (bkn nm sebenar) lebeyh awal mengambil tindakan melompat kelas pada awal pagi. maka beliau sudah mempunyai tempat duduk sendiri. hanya aku menageh simpati untuk mendapat kerusi meja yang sempurna.

berbalik pada kejadian tumpang kerusi tadi. aku mmg sangat polos pada ketika dahulu. tidak advance malahan pendiam serta penyabar (comel juga pasti sebahagian sifat aku).. hmm kalau tidak masakan aku menumpang kerusi beliau selama beberapa hari tanpa inisiatif untuk mencarinya sendiri.. sampai suatu saat (mungkin beliau sudah merungut dan mendapatkan masa terbaik berunding dengan aku)

"rohaya p la cari kerusi laen"

yearghhh!!!!! sebagai budak2 hingusan time 2 aku sangat terpana dengan statement beliau.. sedeyh tak terkata. masakan tidak. aku kan tidak ada teman rapat ketika itu. (tolongla p cari kat aku sat) mereka laen2 mungkin sudah serasi sesama sendiri. aku????
plis plis plis.. aku tak suka keadaan begini yang mana aku kena pura2 indipenden (masa tu pula aku belom mengenali rokiah dengan rapat belom juga mengakses blok tesebut yang penuh dengan senior2 poyo. aku sangat bencikan suasana itu malahan sedikit bekecil hati dengan beliau (yg membuatkan aku ingat lagi kenangan itu sampai sekarang) . mungkin ini bukan a big deal for umum tapi tidak pada aku.

mari kita lihat episod seterusnya apabila aku berubah watak menjadi budak lompat sebenar:D

bILa LeLaKI beNAr2 JatUh cHinTa???

gulp~~ hmmm.. ini smua ada pd mereka. tepuk dada tny selera (mau mkn apa)




Well... Hanya gambo mamat ni yang dlm simpanan aku (yg setia)

Bila benar2 jatuh dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. yg dianggap keras selama ini,tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapasapabila sudah jatuh dgn relanya.Bahkan yg mabuk sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.Utk melihat menangis amatlah payah. Diantara tanda2 yg jatuh dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana cemburunya yang meluap2.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalulama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan lain yg tidak ada urusan pentingdengannya .
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya .
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang .
>>>Mungkihkh lelaki seperti gmbar diatas benar2 jatuh cinta terhadapku?? haha.. pecayalah

RaHAsia DiSeBAliK peRgERaKan LeLaki

Ehemmm.. Dah nama pon aku ni wanita. Apa lagi~Mari kita menerjahnya. Yearghhh!!!!


Mengganggukkan kepala

Apabila anda berbual dengan seorang dan dia menggangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang itu seorang yang mengambil dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.


Mendekatkan

Apabila seorang mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.


Merenung

ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau .


Menggerakkan tangan dan

ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa yang mendalam. ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian , oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik .


Suka berdiri

Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.


Memandang mata

Ini dalah sifat yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.


Sensitif pada jarak

Bila bercakap dengan orang lain, ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis yang tahu apa yang insan lain tidak suka.


Meniru gerak

ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.

I'm Coming!!!!!!!!

Yearghh!! Coming back to da next season.. I'll try to publish the latest news... Wahaha. Latestnya aku suka merapu.. Yok. Layan.. Zaaasssss